Tuesday, July 27, 2010

mahar untuk si isteri

Mahar ataupun mas kahwin yang diberikan oleh pihak lelaki kepada perempuan sebagai pemberian.
Zaman sekarang ni..mas kawin mak aii...ade sapai puluh malahan ratus ribu..baru2 ni sepupu aku nikah..mas kawin die sepuluh ribu..pakcik2 dan sedara2 yang dtg luar from selangor..terkojot bilamana kadi sebut.."dengan mas kahwinnye ringgit malaysia sepuluh ribu tunai...." berbalah la pulak pakcik2 n makcik2 nie..aku yang duduk semeja ngn dorg pun tumpang la sekaki memasang telinga mendengar hujah2 dorang ni..ade yang cakap.."nape selangor buat wang hantaran as mas kahwin? bukan ke mas kahwin tu hak mutlak si isteri?" "boleh ke makan duit tu kalu si perempuannye gunakan duit itu sebagai duit ntuk kenduri..andai kata si perempuan ni berasa berat hati..tidak ikhlas.."dan macam2 la hujah aku dgr..tak berani aku nak mencelah orang2 tua ni berdebat..ade aku kene sepuk jap lagi..tapi perkara wang hantaran as mas kahwin sudah dibolehkan oleh jabatan agama...mereka lebih pakar..

Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.



PERNIKAHAN ADAM DAN HAWA
Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.
Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.
Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.

Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.
Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.
“Bukan!” kata Tuhan.
“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.
“Bukan!” tegas suara Ghaib.
Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.

Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.

Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).
Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.

Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Mulia sungguh mahar Hawa kan..kisah ni diambil from"Mutiara Kisah".
pernah juga terbaca bahawa nabi bersabda " seelok pernikahan ialah serendah belanjanya"
wallahualam..






 

6 comments:

@ty_farEd said...

mas kawen kat selangor=hantaran+mas kawen Rm300.. memang kalo orang tak tau..ley tekujat sebab mas kawen tinggi sangat.. sekarang selangor dah ikut style kelantan.. :)

hana yoriee said...

huhu..gud info dear.. =)

mysarah said...

pening dah sekarang kalo kluar isu pasal mas kawen n hantaran ni. kadang2 kita dh rancang elok2 tapi bila sampai part tok kadi terus jadi lain. huhu

Adda Shariff said...

mas kahwen pahang 22.50...eceyh tetibe...tapi tuh r..i cant remember from which source is this saying tapi lbh kurang cenggini la..sebaik2 maskahwen adalah yang termurah sbb yg murah itu lah yg biasanya lebih diberkati. tp if u want to go extra miles with the maskahwin, apalah salahnya. nak2 kalau gadis itu adalah gadis yg terbaik n terpuji akhlaknya. kan? just my 2cents.

Adda Shariff said...

ok sori..tadi comment takde ayat sokongan. ewah found this from http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/munakahat/maskahwin.htm,

" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )

ihiks..yg penting i think persetujuan antara 2 belah so that tak membebankan pihak2 yg terbabit..wallahualam..

(bg komen cam bagus lak kat sini...hehehe)

Miss Byo said...

tu la..pahang nye mas kawen rendah kan..tapi ikutla..kesanggupan sang suami nak bagi bape..demand lebey2 kang org mengata lak..haishhhh...