Thursday, May 26, 2011

It's PINK!! it's a GIRL!!!!!

Salam...
updates terkini...smalam g scan 3D..then da nampak da.......my baby is a girl...
alhamdulillah..sihat anak mummy..
setelah 2 kali fail ntuk determine gender my baby..smlm terus wat 3D..
then smalam gak la aku p register booking ntuk bersalin kat SALAM Specialist Hospital..kat sect 19 Shah Alam..tak mampuu mak nak p DEMC..da la office tak cover for maternity..incik neyo pon tak cover..so the best place is SALAM..bak kate member laki kat opis aku.."gomen ke swasta ke..mahal ke murah ke..sakit bersalin tu sama jek.." aikk..cam penah jek lalui saat nak beranak..
Then air kencing aku kantoiiii sudah....ade glucose yg ag
ak tinggi..then lite infection..
patut r saket pinggang and asek terkucil2 even tak byk minum...ngatkan baby dok sondol2 kepala..rupenye air kencingku tidak sihat..
so next appointment kene menum air glucose...ramai ckp air glucose ni tak sedap..
wekkkk!!!!!! berat plak just naik 0.5kg from last checkup..tp apsal aku rasa cam teramat gumuk?????
haihh..sib bek la baby mummy ni normal range of weight..tak gumuk n tak kurus..alhamdulillah..


Thursday, May 5, 2011

MID VALLEY BABY & PARENTING EXPO!!!!

Salam...
Saja gedikzzzz nak update pasal expo parenting and baby kat Mid Valley..
bermula esok yek kawan2..so sapa2 nak pergi..jomsss....
malam ni balik rumah wat checklist ek..t takot membazir pula...ye la..banyak lagi channel yang perlukan duit kan..takan la takat nak shopping baju2 jek...
so see u there........


Wednesday, May 4, 2011

10 perkara perlu dielak ketika hamil

Salam..
i just received some tips from setbersalin.com..
so i nak paste jek kat sini..sbb malas nak type..

1. Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

2. Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.

3. Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

4. Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

5. Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

6. Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

7. Rokok - ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

8. Hentikan kegiakan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

9. Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.

10. Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.